Wayang Anak Pimping

Perkhidmatan Rakaman Video Majlis Perkahwinan di Membakut dan Bongawan, Sabah

Selamat Datang

Wayang Anak Pimping atau WAP menawarkan perkhidmatan rakaman video di Daerah Membakut dan Bongawan untuk majlis pertunangan, perkahwinan, kenduri-kendara, majlis rasmi, program jabatan kerajaan atau agensi swasta, aktiviti kebudayaan dan kesenian, aktiviti sekolah dan sebagainya. WAP juga menyediakan perkhidmatan menyewa set karaoke. Kos rakaman video atau menyewa set karaoke adalah berpatutan dan boleh dirunding. Sila hubungi kami untuk keterangan lanjut:

No Tel Bimbit: 0145732025
No Tel Rumah: 087887329
E-mel: sulaimanagb@mail.com

Selamat datang dan melayari laman blog Wayang Anak Pimping (WAP). WAP merupakan satu perniagaan keluarga yang menyediakan perkhidmatan membuat rakaman video semasa sesuatu majlis pertunangan, perkahwinan, kenduri, majlis rasmi, aktiviti kemasyarakatan, kebudayaan dan kesenian, program jabatan kerajaan atau agensi swasta, aktiviti sekolah dan sebagainya. WAP mempunyai pengalaman selama hampir 7 tahun, iaitu sejak tahun 2004 dalam perkhidmatan rakaman video yang dilakukan di sekitar Daerah Membakut dan Bongawan. Selain di kedua-dua daerah ini, WAP juga pernah menerima undangan untuk membuat rakaman video dalam majlis-majlis perkahwinan di Beaufort dan Sipitang. Rakaman video adalah dalam format VCD dan DVD yang berkualiti tinggi. Sehingga hari ini, WAP sudah menghasilkan banyak rakaman video yang terdiri daripada pelbagai majlis pertunangan, perkahwinan, kemasyarakatan, kebudayaan, kesenian dan sebagainya. Jika anda berminat untuk mendapatkan perkhidmatan rakaman video daripada WAP, anda boleh menghubungi kami menerusi e-mel ataupun telefon.

Koleksi Video WAP